Tuesday, 20 March 2018

bertuah

anggap diriku bertuah
kehadiranmu membuatku merasa bahagia
akanku mencintaimu dengan keindahan kesederhanaan 

anggap diriku bertuah
baring ke tulang belakangku mengira bintang berkelipan
angin selepas solat fardu isyak menemani keindahan perasaan ini
melihat bintang seperti aku jatuh kedalam kegelapan sinar matamu

jauh termenung
filem lama detik pertama kali aku melihatmu
kau sepertinya punya cahaya mengikut kemana kau pergi
dan mungkin hanya kamu yang aku dapat lihat
sepertinya yang lain kabur berubah seperti kabus mengelilingi dua jiwa kita
ingin aku dilihat olehmu
ingin aku lari menjadi ghaib
mungkin hanya dapat melihatmu cukup buatku

anggap diriku bertuah
tuhan mengizinkan aku merasai perasaan indah ini
hadirmu rezeki aku yang terindah


No comments:

Post a Comment